Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Suntikan dos Novavax diluluskan di AS

    WASHINGTON, 14 JULAI – Pentadbiran Perubatan dan Pemakanan (FDA) Amerika Syarikat (AS) kelmarin telah meluluskan penggunaan suntikan COVID, Novavax untuk golongan umur 18 tahun ke atas, ia adalah bagi memperluaskan lagi pilihan penduduk Amerika untuk mendapatkan vaksinasi supaya dapat mengekang jangkitan tersebut.

    Vaksin tersebut – dihasilkan oleh syarikat AS – sudah tersedia di puluhan negara lain. Hanya tiga suntikan COVID, dua daripadanya berdasarkan teknologi RNA messenger, yang telah diluluskan sebelum ini di AS.

    Kebenaran kecemasan menggunakan vaksin Novavax menawarkan golongan dewasa di AS yang belum menerima suntikan vaksin COVID, pilihan lain yang memenuhi piawaian ketat FDA untuk keselamatan, keberkesanan dan kualiti pembuatannya, kata Pesuruhjaya FDA, Robert Califf dalam satu kenyataan.

    Suntikan itu diberikan dalam dua dos selepas tiga minggu, vaksin Novavax menggunakan teknologi yang lebih konvensional berbanding dengan suntikan mRNA, yang telah menjadi subjek pada banyak teori konspirasi, walaupun ia telah terbukti selamat digunakan.

    Vaksin Novavax mengandungi sebahagian virus yang boleh mencetuskan tindak balas ketahanan – pendekatan itu telah digunakan oleh banyak jenis suntikan biasa yang lain.

    Dalam ujian klinikal melibatkan ribuan orang di AS dan Mexico, yang menunjukkan keberkesanannya sebanyak 90 peratus bagi mengekang kes jangkitan COVID. Walau bagaimanapun, ujian itu telah dijalankan sebelum munculnya varian Delta dan Omicron.
    Kadar vaksinasi bagi golongan dewasa di AS berada di tahap mendatar, iaitu sekitar 77 peratus.

    Kerajaan AS mengumumkan pada minggu ini bahawa ia telah membeli 3.2 juta dos Novavax selepas menjangkakan keputusan FDA. – AFP

    AS menyediakan pilihan suntikan lain kepada penduduknya terutamanya bagi golongan umur 18 tahun ke atas selepas diluluskan oleh FDA. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...