Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Suntikan vaksin capai kadar tertinggi 94.6%

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JAN – Berkemungkinan kadar suntikan vaksin COVID-19 kebangsaan di negara ini untuk golongan dewasa yang ketika ini mencapai 94.6 peratus bagi yang telah sekurang-kurangnya menerima satu dos suntikan adalah kadar  paling tinggi boleh dicapai.

    “Buat masa ini, kita akan menunggu suntikan vaksin COVID-19 bagi golongan kanak-kanak yang berumur 11 tahun dan ke bawah yang akan menambah lagi jumlah peratus penerima vaksin di negara ini.”

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menjelaskan perkara itu semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Menurut beliau lagi, berkemungkinan terdapat sebahagian remaja berusia 12 tahun ke atas yang belum menerima vaksin meskipun bilangannya tidak banyak di samping beberapa lagi mereka yang akan dijadualkan melengkapkan suntikan dos kedua vaksin COVID-19.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...