Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sunweb kuasai uji masa dunia

    PARIS, 18 Sept – Tom Dumoulin mengetuai Sunweb untuk memenangi uji masa dunia berpasukan di Bergen semalam di depan Rohan Dennis dari BMC Racing dan Chris Froome dari Sky dalam laluan sepanjang 42.5km yang memperkenalkan pendakian yang sukar.

    Pemenang Tour de France sebanyak empat kali, Froome dan lima rakan sepasukannya mendahului setengah laluan, tetapi ketinggalan 22 saat selepas Geraint Thomas dan Owain Doull berdepan dengan masalah ketika pendakian.

    “Ia adalah acara berpasukan tahun ini, dan kami melakukannya,” kata Domoulin dari Belanda, penunggang uji masa yang memenangi Giro d’Italia pada Mei lalu.

    “Kami cuba untuk bersama-sama terutamanya pada pendakian panjang, dan ia adalah mengenai kerja keras. Tetapi kami berjaya, dan kami semua gembira.”

    Thomas dan Doull mengekalkan kedudukan pantas sehingga pendakian lewat di mana BMC menamatkan dengan ketinggalan lapan saat dari Sunweb.

    Froome dan Dumoulin, keduanya pendaki yang bagus dan uji masa yang bagus, dijangka untuk menguasai uji masa individu di atas laluan yang sama pada Rabu ini. Juara dunia sebanyak dua kali, Peter Sagan atau juara Olimpik, Greg Van Avermaet juga akan mendapati diri mereka dicabar dalam perlumbaan di atas jalan oleh Froome dan Dumoulin pada Ahad depan.

    Sunweb juga memenangi uji masa wanita berpasukan yang diketuai Ellen Van Dijk dari Belanda dan memperkenalkan Coryn Rivera dari AS.

    Dalam laluan yang sama ketika mereka menamatkan 12 saat di depan Boels Dolmans menerusi penyudah menarik selepas melepasi garisan penamat pendakian dengan 15saat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda