Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Sup borshch disenarai sebagai khazanah terancam

    PARIS, 1 JULAI – Agensi kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hari ini menyenaraikan masakan tradisional Ukraine, sup borshch sebagai salah satu khazanah kebudayaan yang terancam, dalam langkah yang didesak oleh Kyiv tetapi ditentang oleh Moscow.

    Ukraine menganggap borsch sebagai makanan kebangsaan yang tinggi khasiat, dimasak menggunakan ubi bit, walaupun makanan tersebut juga menjadi satu juadah di Rusia, negara-negara bekas Soviet yang lain dan Poland.

    Masakan budaya Ukraine, sup borshch pada hari ini telah disenaraikan ke dalam senarai UNESCO sebagai satu khazanah kebudayaan tak ketara yang perlu dilindungi, menurut jawatankuasa UNESCO.

    Keputusan tersebut diluluskan selepas proses menjejak yang dibuat dengan segera berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan peperangan tersebut boleh memberikan impak negatif kepada budaya tersebut, kata UNESCO.

    Kyiv menyokong langkah itu, ketika menteri kebudayaan Ukraine, Oleksandr Tkachenko berkata menerusi platform Telegram, “Kemenangan dalam perang borshch adalah milik kita dan akan memenangi kedua-dua peperangan, borsch dan perang ini.”

    Makanan tradisional yang dimasukkan ke dalam senarai UNESCO adalah satu langkah yang bertujuan untuk memastikan budaya tersebut tidak hilang.

    Jawatankuasa UNESCO mengakui bahawa peperangan yang berlaku boleh mengancam kewujudan budaya masakan sup tersebut di Ukraine.

    Sementara itu, jurucakap bagi kementerian hal ehwal luar negara Rusia, Maria Zakharova mengkritik tindakan menjadikan budaya tersebut adalah hanya milik bagi sebuah negara dan menekankan bahawa perkara itu adalah xenofobia.

    Walau bagaimanapun, UNESCO mengakui bahawa borshch adalah hanya versi makanan yang popular di tempat lain juga dan ia menjadi makanan asasi bagi negara tersebut. – AFP

    UNESCO menyenaraikan makanan tradisional Ukraine, sup borshch ke dalam senarai khazanah kebudayaan yang terancam di dunia. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...