Super KIP berdepan risiko disingkirkan

KUALA LUMPUR, 29 JULAI – Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi bakal disingkirkan daripada pasukan Petronas Sprinta Racing sekiranya gagal meraih kedudukan kelompok 15 terbaik Kejuaraan MotoGP Dunia musim ini.

Amaran berkenaan diberikan prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali yang kecewa dengan persembahan dipamerkan pelumba yang mesra dengan panggilan Super KIP itu selepas tiga perlumbaan Moto3 pada musim ini. Beliau menjelaskan 11 baki perlumbaan MotoGP Dunia musim ini menjadi penentu sama ada pelumba berusia 21 tahun itu akan terus mewakili pasukan berkenaan pada musim hadapan.

“Khairul Idham Pawi kena buat sesuatu. Saya pun hairan kenapa banyak pengubahsuaian yang kita buat untuk jentera dia, tapi beliau masih gagal meraih kedudukan terbaik.

“Saya tidak pasti dengan masalah dia walaupun jentera sama turut digunakan rakan sepasukan Khairul Idham Pawi iaitu John McPhee,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini. – Bernama