Friday, February 14, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Super Slim Fit Brunei sedia sesi senaman percuma

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JAN – Sempena Hari Tindakan, Super Slim Fit Brunei Biggest Charity Fitness Group telah menganjurkan Acara Amal Terapi Manipulasi Tulang, baru-baru ini.

    Pengasas dan pengetua kumpulan berkenaan, Tan Sui Seng, menjelaskan bahawa acara amal yang diterajui oleh pakar manipulasi tulang, Tee Teck Hui, bertujuan membantu individu sembuh melalui terapi tulang.

    “Terapi manipulasi tulang dapat membantu merawat pelbagai masalah kesihatan seperti sakit kepala, migrain, vertigo, sakit leher dan bahu, serta lain-lain,” katanya.

    Selain acara amal tersebut, Tan turut memaklumkan bahawa kumpulan itu menyediakan sesi senaman percuma setiap minggu untuk orang awam dan individu berkeperluan khas di Fitnesszone dan Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas dari pukul 6 petang hingga 7:30 malam.

    “Sesi senaman ini merangkumi regangan, yang merupakan elemen penting untuk penyembuhan kerana ia membantu merangsang peredaran darah dan meningkatkan metabolisme. Saya menggalakkan orang ramai menjadikan regangan sebahagian daripada rutin harian mereka,” tambah beliau.

    Tan Sui Seng (tengah dari kanan), menyampaikan cenderahati kepada Tee Teck Hui. – GAMBAR SERAHAN SUPER SLIM FIT BRUNEI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda