BERLIN, 15 JUN — Dari Frankfurt dan New York ke Istanbul dan Beijing, pemerhati langit berpeluang menikmati kemunculan Supermoon yang indah di ufuk dalam pemandangan astronomi yang mengagumkan.
Bulan purnama tersebut kelihatan lebih besar daripada biasa dan kadang-kala berwarna sedikit jingga ketika ia menerangi langit di seluruh dunia. Ia mencapai tahap penuhnya kelmarin semasa fenomena yang dikenali sebagai Supermoon kerana jaraknya yang hampir dengan bumi. Ia juga dirujuk sebagai Bulan Strawberi kerana ia mengembang penuh pada masa penuaian strawberi.
Sementara itu, di Frankfurt, ia menjulang di belakang latar langit daerah perbankan bandar Jerman itu, manakala di Beijing, hiasan bumbung kotanya menggambarkan bayangan haiwan suci di sebalik sinaran bulan.
Ia juga menerangi Patung Liberty New York City dan menyinari tiang-tiang kuil purba Poseidon di Cape Sounion di selatan Athens, Greece. – AP