Surat comel untuk Kang Daniel

Seorang kanak-kanak berusia enam tahun menulis sepucuk surat khas buat idolnya, Kang Daniel telah menarik perhatian ramai.

Kang Daniel merupakan salah seorang ahli kumpulan Wanna One, sebelum ini berehat dari industri atas nasihat pengurusannya sebabkan masalah kesihatan mental.

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah berkenaan satu foto yang dikongsi oleh penyanyi berusia 22 tahun ini iaitu sepucuk surat hasil tulisan tangan seorang kanak-kanak yang sememangnya comel dan kreatif.

“4 Disember 2019, cuaca sangat cerah. Hari ini ibu beritahu saya bahawa oppa Daniel jatuh sakit akibat hujan lebat. Saya sangat sedih. Saya akan berikan payung polkadot kegemaran saya untuk digunakan apabila hujan datang kembali. Ambil vitamin ini dan semoga cepat sembuh,” tulis kanak-kanak itu.

Selain itu, terdapat juga bungkusan kecil vitamin dilekatkan pada surat tersebut untuk diberikan kepada Kang Daniel. Difahamkan, kanak-kanak cilik ini sebelum ini pernah bertemu Kang Daniel semasa penyanyi itu membuat kemunculan dalam sebuah program radio SBS baru-baru ini.

“Sebenarnya ia terlalu sukar untuk saya, saya sangat penat sekarang serta dia turut meminta agar seseorang tampil membantunya… ‘Sesiapa. Tolong selamatkan saya’ luahnya. – Agensi

Pihak pengurusannya turut memuat kemas kini mengatakan bahawa Kang Daniel akan diberi rehat dalam tempoh tertentu bagi mengembalikan tahap kesihatannya. – Agensi