Surat diragui dari India tiba di UNHCR

ATHENS, 21 Jan – Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNCHR) di Athens hari ini menerima surat mengandungi serbuk diragui, kata jabatan bomba, selepas puluhan surat misteri dihantar ke universiti-universiti dan institut Greece.

Sumber polis memberitahu surat untuk pesuruhjaya tinggi itu serupa dengan 40 surat yang dihantar dari India ke Greece beberapa minggu kebelakangan.

Semuanya mengandungi bahan iritasi industri yang mencetuskan reaksi alergi namun tidak membahayakan kesihatan, kata pihak berkuasa. Menurut laporan media, beberapa surat terbabit mengandungi ‘kandungan Islamis’ yang ditulis dalam Bahasa Inggeris, namun tidak memberi butiran lanjut.

Unit pencegah keganasan Greece minggu lalu melancarkan siasatan untuk cuba mengesan pengirimnya.

Pada Jumaat, lima lagi surat disyaki telah dipintas di beberapa pejabat-pejabat pos dan Institut Pendidikan Teknologi Thessaly di Larisa. – AFP