Surat khabar pro-demokrasi laris di Hong Kong

HONG KONG, 11 OGOS – Penduduk Hong Kong bergegas membeli surat khabar pro-demokrasi Apple Daily hari ini sebagai menunjukkan sokongan kepada pemiliknya, yang ditangkap kelmarin ketika polis menahan pengkritik China.

Tindakan keras terhadap perbezaan pendapat di Hong Kong semakin meningkat sejak China mengenakan undang-undang keselamatan pada Jun lalu, dengan ahli politik pembangkang dibatalkan kelayakan dan aktivis ditangkap kerana perkongsian dalam media sosial.

Pergerakan itu menimbulkan kemarahan di negara barat dan ketakutan terhadap berjuta-juta orang yang tahun lalu turun ke jalan untuk memprotes undang-undang tegas China yang semakin ketat di bandar semi-autonomi itu.

Dalam salah satu hari pemberontakan yang paling dramatik, hartawan media Jimmy Lai adalah antara 10 orang yang ditahan di bawah undang-undang baharu kelmarin ketika sekitar 200 pegawai polis menggeledah ruang berita tabloidnya, yang secara lantang mengkritik Beijing. – AFP

Seorang penjual di sebuah gerai surat khabar menjual akhbar Apple Daily di Hong Kong, sehari setelah pihak berkuasa melakukan penggeledahan di ibu pejabat akhbar itu setelah pengasas syarikat itu, Jimmy Lai ditangkap. – AFP