Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Suruhanjaya EU janji reformasi pasaran tenaga

    BRUSSELS, 15 SEPT – Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen berjanji untuk melaksanakan perubahan dalam pasaran elektrik Kesatuan Eropah (EU) dengan memberi lebih tumpuan kepada tenaga boleh diperbaharui.

    Dalam ucapan “State of the Union”, von der Leyen berkata antara langkah pembaharuan yang bakal diambil ialah mengurangkan pengaruh gas ke atas harga elektrik dan memanfaatkan tenaga angin serta tenaga boleh diperbaharui lain, lapor United Press International (UPI).

    Eropah berdepan krisis tenaga selepas Rusia menghentikan saluran gas ke Eropah melalui saluran paip Nord Stream 1. Beliau berkata EU terpaksa mengurangkan kebergantungan terhadap Rusia.

    “EU perlu mempelbagaikan pembekal yang boleh dipercayai seperti Amerika Syarikat, Norway, Algeria dan lain-lain, serta meningkatkan pelaburan dalam industri tenaga boleh diperbaharui dan terminal LNG,” kata von der Leyen.

    Menurut laporan, menteri-menteri tenaga EU mengadakan pertemuan pada minggu lalu untuk membincangkan rancangan mengenakan cukai kepada syarikat bahan api fosil, serta mengehadkan pendapatan syarikat nuklear dan tenaga boleh diperbaharui.

    Cukai ke atas keuntungan bahan api fosil bernilai AS$139.8 bilion akan dibahagikan antara negara anggota untuk sokongan bil tenaga. – Bernama

    Gambar fail Ursula von der Leyen tiba di Parlimen Eropah di Strasbourg, timur Perancis, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...