Suruhanjaya Nevada pertimbangkan permohonan tinju

LOS ANGELES, 22 MEI – Sukan tinju mungkin kembali di Las Vegas pada bulan Jun, dengan Suruhanjaya Atletik Negeri Nevada bakal mempertimbangkan permohonan pertarungan pada pertemuan 27 Mei.

Perjumpaan, yang akan dibuat menerusi panggilan telefon daripada perjumpaan sebenar dengan perintah penjarakan sosial koronavirus yang masih berkuat kuasa, akan menjadi NSAC pertama sejak mereka mengantungkan semua sukan tempur di negeri itu pada 14 Mac.

Agenda pertemuan menyenaraikan pertimbangan protokol rasmi untuk melindungi petinju dan kem mereka dari COVID-19 ‘untuk pertarungan akan diadakan tanpa kehadiran penonton secara langsung’.

Pesuruhjaya juga akan mempertimbangkan permohonan dari seni mempertahankan diri campuran Dana White iaitu Ultimate Fighting Championship untuk mengadakan pertarungan di Las Vegas pada 30 Mei dan 6 Jun.

Dan mereka akan mempertimbangkan permintaan Bob Arum, Top Rank, untuk diadakan pertarungan pada 9 Jun di MGM Grand.

Kebenaran pemohon akan bergantung sama ada suruhanjaya memutuskannya dapat dihapuskan atau mengubah sekatan yang dikenakan selepas gabenor Nevada, Steve Sisolak mengarahkan perintah berkurung di negeri tersebut pada bulan Mac.

Nevada mungkin membuka semula dalam beberapa peringkat pada bulan Mei. – AFP

Gambar fail 28 Januari 2017, pertarungan antara Carl Frampton dan Leo Santa Cruz di MCM Grand Arena. Suruhanjaya Atletik Negeri Nevada untuk mempertimbangkan permohonan pertarungan pada pertemuan 27 Mei. – AFP