Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Suruhanjaya Tinggi Bangladesh anjur acara pelaburan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Brunei Darussalam, hari ini, telah menghoskan acara Bangladesh: Destinasi Berpotensi dan Menarik untuk Pelaburan yang berlangsung di Hotel Brunei di ibu negara.

    Acara tersebut diadakan sempena Minggu Diplomasi Ekonomi Bangladesh anjuran Kementerian Luar Negeri Bangladesh bermula 9 hingga 13 Jun.

    Antara yang hadir pada acara itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nahida Rahman Shumona.

    Pada acara berkenaan, penerangan mengenai pelaburan telah disampaikan oleh Kaunselor Politik, Tanmoy Majumder, yang diharap menarik pelaburan dua hala antara Brunei dan Bangladesh, terutamanya dalam bidang pertanian, kerja inovasi dan bidang akademik.

    Menurut beliau, pelaburan Bangladesh dijangka mencapai 20 bi-lion Taka Bangladesh menjelang 2023, ekonomi dan kerajaan Bangladesh telah berusaha terutamanya dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Bangladesh (BIDA) bagi mempromosi dan membangunkan projek mengenai infrastruktur, awam dan ekonomi bersama.

    “Korea Selatan dan Jepun adalah antara dua negara yang termasuk dalam gabungan usaha ekonomi itu,” jelasnya.

    Sementara itu, Kaunselor Buruh dan Ketua Canselori, Jelal Hossain semasa menyampaikan penerangan mengenai sumber manusia pula antara lain menggariskan, projek pelaburan akan membantu dan menambah baik sumber manusia seterusnya menggalakkan peluang pekerjaan yang mana Bangladesh mempunyai ekonomi yang berdaya tahan.

    “Dengan infrastruktur mega termasuk tekstil, pertanian, pembuatan dan industri ringan, telekomunikasi, pendidikan dan perubatan perkhidmatan, ia sangat menjanjikan sebagai destinasi pelaburan pembangunan yang mampan,” jelasnya.

    Turut hadir ialah jemputan dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Pusat Pengajian Strategik dan Dasar (CSPS), Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei, Dewan Perniagaan Cina, Universiti Teknologi Brunei (UTB), Universiti Brunei Darussalam (UBD), Forum Perniagaan British Brunei, Anugerah Makanan Brunei, Yellow Pages Brunei dan syarikat serta komuniti Bangladesh di negara ini.

    PYT Nahida Rahman Shumona bersama tetamu yang lain pada majlis yang berlangsung di Hotel Brunei baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...