Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Suruhanjaya Tinggi Bangladesh ingati kematian Kapten Sheikh Kamal

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Brunei Darussalam meraikan ulang tahun ke-73 kematian Kapten Sheikh Kamal, anak lelaki sulung Bapa Bangsa Bangladesh Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman di pejabatnya di Jalan Tanah Jambu, hari ini.

    Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nahida Rahman Shumona memberi penghormatan kepada Bapa Negara Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman dan mengalu-alukan para tetamu termasuk belia Brunei dan pegawai kerajaan, dan anggota masyarakat Bangladesh.

    Acara dimulakan dengan bertafakur selama seminit, memberikan penghormatan bunga dan bacaan Al-Quran serta doa khas untuk Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman, Bangamata Fazilatun Nessa Mujib, Shaheed Kapten Sheikh Kamal dan semua syuhada keluarga
    Bangabandhu dan para syuhada 1971.

    Puan Yang Terutama kemudiannya membacakan biografi ringkas Shaheed Kapten
    Sheikh Kamal dan mengete-ngahkan fasa dan sudut hidupnya yang lain.

    Puan Yang Terutama dalam ucapannya juga memuji Shaheed Kapten Sheikh Kamal sebagai seorang yang cemerlang dalam sukan, muzik, lakonan, debat, ucapan ekstempo dan lain-lain.

    Penglibatannya dalam perang pembebasan dan kehidupan berumah tangganya turut dibincangkan. Selain itu, sebuah dokumentari mengenai Shaheed Kapten Sheikh Kamal juga ditayangkan.

    Dalam ucapan penutupnya, Puan Yang Terutama berkata bahawa kematian mengejut Kapten Shaheed Sheikh Kamal pada 15 Ogos 1975 menyebabkan negara itu kehilangan kemahiran kepimpinannya.

    PYT turut membacakan biografi ringkas Shaheed Kapten Sheikh Kamal semasa majlis berkenaan. – Gambar serahan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Brunei Darussalam
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...