Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suruhanjaya Tinggi Bangladesh peringati hari bersejarah

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Feb – Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Negara Brunei Darussalam, hari ini, memperingati Hari Martyrs dan Hari Antarabangsa Bahasa Ibunda Bangladesh dengan upacara menaikkan bendera setengah tiang di ibu pejabatnya di Sungai Akar.

    Upacara berkenaan telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Naib Marsyal Udara Mahmud Hussain yang seterusnya turut meletakkan bunga di replika Martyr’s Monument (Shaheed Minar) bagi memperingati mereka yang terkorban dalam mempertahankan bahasa ibunda Bangladesh pada tahun 1952.

    Majlis turut diisikan dengan bacaan doa khas dan program kebudayaan yang penuh warna-warni.

    TYT Naib Marsyal Udara Mahmud Hussain semasa meletakkan bunga di replika Martyr’s Monument.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda