Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 DIS – Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Negara Brunei Darussalam kelmarin telah meraikan khidmat Hari Kemenangan Bangladesh.
Majlis yang diadakan di premis Suruhanjaya Bangladesh, Jalan Sungai Akar itu dihadiri oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ash’ari serta warga Bangladesh yang berada di negara ini dan para jemputan khas.
Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran dan doa khas untuk memperingati dan menghormati semua telah terkorban semasa berjuang.
Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh, Puan Yang Terutama Nahida Rahman Shumona juga memberi satu penghormatan kepada Bapa Bangsa, Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman dengan meletakkan kalungan bunga pada potretnya.
Puan Yang Terutama juga membacakan perutusan yang dihantar oleh presiden, perdana menteri, menteri luar dan menteri negeri bagi hal ehwal luar Bangladesh pada majlis itu.
Majlis juga diisikan dengan program dalam talian dengan beberapa persembahan
kebudayaan daripada peserta ReLA (Persatuan Membaca dan Sasterawan Brunei), La Vida Berhad, Persatuan Muzik Brunei. Majlis diakhiri dengan tayangan dokumentari mengenai Perang Pembebasan Bangladesh.