Suruhanjaya Tinggi British hulur sumbangan makanan

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan Suruhanjaya Tinggi British di Negara Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 SEPT – Sebagai tanda penghargaan atas usaha dan khidmat petugas barisan hadapan menangani gelombang kedua penularan wabak COVID-19, Suruhanjaya Tinggi British di Negara Brunei Darussalam menghulurkan sumbangan pek makanan kepada Pasukan Pengesanan Kontak Kesihatan Awam di Kementerian Kesihatan, hari ini.

Sumbangan itu diserahkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama John Virgoe di mana sebanyak 70 pek makanan disediakan oleh pasukan kulinari Suruhanjaya Tinggi British.

Penyampaian sumbangan itu didakan setiap minggu pada Selasa bagi tempoh empat minggu dimana ia merupakan aktiviti yang serupa dikendalikan pada 2020.

TYT John Virgoe memasukkan pek makanan ke dalam kenderaan untuk diserahkan kepada petugas-petugas di Kementerian Kesihatan.
Pek makanan yang disediakan oleh pasukan kulinari Suruhanjaya Tinggi British.