Suruhanjaya Tinggi India rai Hari Konstitusi ke-72

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Suruhanjaya Tinggi India di Brunei Darussalam, hari ini, telah meraikan Hari Konstitusi India ke-72 dengan mendengarkan pembacaan Mukadimah Konstitusi India.

Pada hari ini, 71 tahun yang lalu, Perhimpunan Konstituen telah mengisytiharkan Kon-stitusi India yang dilaksanakan bermula 26 Januari 1950 apabila India menjadi republik.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, presiden India memimpin pembacaan mukadimah berkenaan pada pukul 11 pagi waktu India.

Di Brunei Darussalam, Pesu-ruhjaya Tinggi India, Tuan Yang Terutama Ajaneesh Kumar memimpin bacaan mukadimah oleh pegawai-pegawai suruhanjaya berkenaan.

Beliau menekankan kepentingan mengikuti ideal-ideal mulia dan prinsip asas yang digariskan dalam mukadimah berkenaan yang merupakan kenyataan pengenalan ringkas kepada Konstitusi India dengan menggariskan matlamat dan objektifnya.

Kenyataan menyatakan mukadimah berkenaan mengisytiharkan India sebagai republik yang berdaulat, sosialis, sekular dan demokratik.

TYT Ajaneesh Kumar memimpin pembacaan Mukadimah Konstitusi India sempena Hari Konstitusi India ke-72, kelmarin. – Gambar serahan Suruhanjaya Tinggi India di Brunei