Suruhanjaya Tinggi Malaysia agih daging korban

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JULAI – Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei Darussalam, dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Melayu SeMalaysia tidak ketinggalan mengadakan majlis korban pada hari ini, di Bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Jalan Kebangsaan.

Bagi majlis tahun ini, empat ekor lembu telah dikorbankan dengan lebih 100 bungkusan daging telah diagihkan kepada golongan kurang bernasib baik dan 100 bungkusan lagi diagihkan kepada warga Malaysia yang menghadiri majlis tersebut.

Hadir bagi mengagihkan daging-daging korban kepada golongan kurang bernasib baik ialah Chargé d’Affaires di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Nadia Azura Mohd Nudri. Senarai nama-nama penerima telah diberikan oleh Kampung Pulaie.

Majlis tersebut juga dihadiri oleh 150 warga Malaysia yang menetap dan bekerja di negara ini.

Upacara itu merupakan program tahunan untuk suruhanjaya tinggi tersebut yang bertujuan mengumpulkan warga Malaysia yang tinggal di Brunei untuk melakukan ibadah korban.

Chargé d’Affaires di Suruhanjaya Tinggi Malaysia mengagihkan daging korban kepada salah seorang penerima.