Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Suruhanjaya Tinggi M’sia adakan majlis korban

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JULAI – Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei Darussalam turut tidak ketinggalan menyemarakkan keindahan Hari Raya Aidiladha dengan majlis korban yang berlangsung di kawasan lapang Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Jalan Kebangsaan, hari ini.

    Bagi majlis tahun ini, tiga ekor lembu telah dikorbankan dengan lebih 120 bungkusan daging telah diagihkan kepada golongan kurang bernasib baik di masjid-masjid berdekatan dan para peserta yang menyertai ibadah berkenaan serta para pengunjung yang menghadiri majlis tersebut.

    Hadir semasa pada majlis penuh berkebajikan sekali gus menyerahkan daging-daging korban kepada para peserta dan mereka yang hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah dan isteri.

    Penyertaan majlis ibadah korban berkenaan yang terdiri daripada kalangan warga Malaysia yang menetap dan bekerja di negara ini termasuklah kakitangan dan pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei Darussalam, yang bergotong-royong memotong, membungkus dan mengagihkan daging-daging korban di samping dan menyediakan hidangan makan tengah hari dengan resipi asli Malaysia seperti daging masak lemak cili api Negeri Sembilan dan sup daging.

    Alunan takbir raya beramai-ramai dan bacaan Doa Selamat menjadi pembuka tirai majlis tersebut.

    Upacara itu merupakan program tahunan suruhanjaya tinggi tersebut yang bertujuan mengumpulkan warga Malaysia yang tinggal di Brunei untuk sama-sama menyemarakkan ibadah korban pada tahun ini.

    TYT Dato’ Raja Reza semasa menyerahkan daging korban kepada salah seorang peserta pada majlis yang berlangsung di kawasan lapang Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Jalan Kebangsaan, kelmarin.
    Kakitangan bergotong-royong menyediakan hidangan makan tengah hari pada majlis korban tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...