Sunday, December 4, 2022
23.3 C
Brunei

-

Suspek ceroboh mengaku tidak bersalah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Julai – Seorang lelaki yang berdepan dakwaan menceroboh, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini.

Pengiran Mohd Hafinee bin Pengiran Haji Marali, 33, didakwa menceroboh kawasan Pangsa Ali di Jalan Kianggeh pada 15 Julai 2017 sekitar jam 5 petang, dengan tujuan untuk mengganggu salah seorang penghuni pangsa tersebut.

Dia didakwa oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qamarul Affyian bin Abdul Rahman di bawah Seksyen 441 Kanun Keseksaan, Penggal 22 yang membawa penjara sehingga setahun dan juga denda.

Tertuduh bagaimanapun dilepaskan dengan ikat jamin $1,000 atau seorang penjamin tempatan dan tarikh perbicaraannya akan diketahui pada 7 Ogos daripada Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -