Suspek curi kereta direman

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JULAI – Seorang lelaki yang didakwa mencuri sebuah kereta diperintahkan untuk ditahan reman bagi siasatan lanjut oleh Mahkamah Majistret, kelmarin.

Mohammad Akhirul Hassanal bin Khairuddin, 22, didakwa mencuri sebuah kereta di kawasan Jalan Utama, Kampung Lambak Kanan pada 10 Julai 2019 kira-kira jam 6 pagi.

Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Siti Mu’izzah binti Haji Sabli mengemukakan dakwaan di bawah Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22.

Hukuman itu membawa kepada penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika didapati bersalah.

Majistret Kamaliah Fadhilah binti Haji Ibrahim menetapkan 13 Julai untuk sebutan semula.