Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    Suspek didakwa atas tuduhan cuba bunuh Kishida

    TOKYO, 6 SEPTEMBER – Pendakwa raya di Jepun mendakwa seorang lelaki berusia 24 tahun pada hari ini atas cubaan membunuh dan tuduhan-tuduhan lain dalam serangan letupan ke atas Perdana Menteri Fumio Kishida pada April, lapor media Jepun.

    Kishida sedang berkempen untuk pilihan raya di Wakayama di barat Jepun apabila seorang lelaki melemparkan bom paip buatan sendiri ke arahnya. Kishida tidak cedera, tetapi dua yang lain cedera ringan.

    Selepas penilaian psikiatri selama tiga bulan terhadap suspek, pendakwa raya menentukan bahawa Ryuji Kimura, 24, sihat dari segi mental untuk dibicarakan dan bom yang digunakan dalam serangan itu adalah memautkan, lapor agensi berita Kyodo Jepun.

    Kyodo melaporkan bahawa rekod mahkamah menunjukkan Kimura mungkin marah kerana dia tidak dapat memfailkan pencalonan dalam pilihan raya tahun lepas.

    Serangan itu berlaku kira-kira setahun selepas bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe ditembak dan dibunuh ketika berkempen untuk pilihan raya.

    Keganasan senjata api dan bom di Jepun amat jarang berlaku, dan serangan ke atas Abe dan Kishida mengejutkan ramai orang di sana. – AP

    Ryuji Kimura ditahan selepas apa yang kelihatan seperti bom paip dilemparkan ke arah Fumio Kishida semasa lawatannya di sebuah pelabuhan di Wakayama, barat Jepun, pada 15 April 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...