Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Suspek kedua serangan amuk meninggal dunia selepas ditahan

    TRENTON, KANADA, 8 SEPT – Suspek kedua kejadian amuk di Kanada meninggal dunia kerana mengalami “medical distress,” menurut polis kelmarin, lapor agensi Anadolu.

    Myles Sanderson, suspek yang menjadi buruan selama empat hari, telah ditahan di sebuah bandar kecil kira-kira 124 kilometer dari lokasi kejadian.

    Kejadian amuk itu berlaku di James Smith Cree Nation dan Weldon hingga mengorbankan 10 nyawa manakala 18 lagi cedera pada Ahad.

    Asisten Komisioner Polis Diraja Kanada (RCMP) Rhonda Blackmore berkata pihak polis berjaya mengesan Sanderson ketika dia sedang memandu sebuah trak yang dicuri.

    “Suspek hilang kawalan menyebabkan trak itu terjunam dalam parit. Suspek berjaya ditahan tetapi tidak lama kemudian dia dilaporkan mengalami “medical distress,” kata Blackmore pada sidang media.

    Sanderson telah dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

    Seorang lagi suspek, saudara lelaki Myles, Damien Sanderson, ditemukan mati pada Isnin dengan kesan luka, menurut polis.

    Serangan itu adalah antara kejadian pembunuhan paling tragis dalam sejarah Kanada. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...