Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Suspek kes amuk jalan di JB sudah dikenal pasti

    JOHOR BAHRU, 11 JULAI – Suspek yang terlibat dalam kejadian amuk jalan raya di Link Kedua di sini baru-baru ini telah dikenal pasti, menurut pihak polis.

    Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Penolong Pesuruhjaya Rahmat Ariffin berkata kedua-dua suspek dipercayai warga Singapura.

    “Ya, kami telah mengenal pasti suspek dan berdasarkan siasatan awal, kami percaya mereka adalah warga Singapura.

    “Kes masih dalam siasatan. Kami juga bekerjasama dengan rakan sejawatan kami di Singapura untuk mencari kedua-dua suspek,” katanya kepada The Star. Beliau berkata dipercayai ke-dua-duanya telah kembali ke republik pulau itu.

    Terdahulu, ACP Rahmat berkata polis sedang mengesan kedua-dua suspek dalam kejadian amuk jalan raya yang berlaku berhampiran kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Link Kedua pada pagi Sabtu (9 Julai).

    Suspek-suspek insiden amuk jalan raya di Laluan Kedua di Johor Bahru telah dikenal pasti oleh pihak polis. – ANN/The Star

    “Ketika kejadian, mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) mengikis kereta suspek ketika menukar laluan.

    “Suspek yang menaiki kereta sedan merah memberhentikan kenderaan mereka. Dua orang, seorang lelaki dan seorang wanita, keluar.

    “Lelaki itu kemudian menjerit kata-kata kesat dan membuat isyarat lucah kepada mangsa manakala wanita itu menarik plat kereta mangsa sebelum melemparkannya ke arah cermin depan kereta,” katanya.

    Beliau berkata, tiada sesiapa cede-ra dalam kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Kesek-saan kerana melakukan khianat.

    Sementara itu, salah seorang suspek nampaknya telah bercakap dengan akhbar Cina Singapura, menceritakan kejadian dari pihaknya.

    Menurut laporan itu, wanita dalam video itu telah menghubungi akhbar itu pada malam Ahad (10 Julai), mengatakan bahawa video yang diedarkan tidak menggambarkan gambaran penuh situasi di tempat kejadian.

    Wanita yang tidak dinamakan itu mendakwa pemandu MPV berkenaan telah melakukan provokasi terhadap dia dan anaknya terlebih dahulu ketika mereka dalam perjalanan ke Malaysia untuk bertemu saudara maranya. – ANN/The Star

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...