Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Suspek pembunuh bersiri sianida didakwa bagi 14 tuduhan membunuh

    BANGKOK, 3 MEI – Seorang wanita Thailand yang dituduh melakukan beberapa kes meracun telah didakwa dengan 14 pertuduhan membunuh, kata polis hari ini, dalam salah satu kes pembunuhan bersiri yang disyaki paling teruk di negara itu.

    Sararat Rangsiwuthaporn didakwa telah menipu ribuan dolar daripada mangsanya sebelum meracuni mereka dengan sianida.

    Dia ditangkap minggu lalu atas sembilan kematian mencurigakan yang berlaku selama beberapa tahun, tetapi polis dengan pantas meluaskan siasatan mereka.

    Suaminya, seorang anggota polis berpangkat tinggi, juga menghadapi tuduhan penipuan dan penyelewengan berkaitan pembunuhan itu, kata timbalan ketua polis negara, Surachate Hakparn, hari ini.

    Surachate berkata, Sararat mengumpan 15 orang – seorang daripadanya terselamat – untuk mengambil ‘kapsul herba’ beracun.

    “Dia meminta wang daripada orang yang dikenali kerana dia mempunyai banyak hutang kad kredit… dan jika mereka meminta wang mereka kembali, dia mula membunuh mereka,” kata Surachate kepada pemberita.

    “Kami sedang menyiasat jumlah wang yang diperolehnya daripada mangsa.”

    Minggu lalu, beliau menyatakan jumlah yang terlibat dalam setiap kes mencecah ratusan ribu baht – bersamaan dengan ribuan dolar AS.

    Sararat dan suaminya menafikan dakwaan-dakwaan terhadap mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...