Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Suspek pembunuhan presiden Haiti ditahan di Jamaica

    ANKARA, 16 JAN – Polis Jamaica kelmarin menahan seorang suspek yang didakwa merancang pembunuhan bekas Presiden Haiti, Jovenel Moise, pada Julai di ibu negara Haiti.

    Bekas senator pembangkang Haiti, John Joel Joseph ditemui bersama tiga warga Haiti di penempatan luar bandar Jamaica, agensi Anadolu (AA) memetik laporan media.

    Butiran lanjut tidak didedahkan tetapi seorang pegawai kanan polis memberitahu akhbar The Gleaner bahawa pihak berkuasa masih menjalankan siasatan. Polis Negara Haiti pada Julai mengeluarkan waran tangkap tiga suspek dikehendaki bagi dakwaan “pembunuhan, cubaan membunuh dan rompakan bersenjata.”

    Moise, 53, ditembak mati di kediaman peribadinya di pinggir Port-au-Prince pada 7 Julai.  Isterinya turut cedera dalam serangan itu. Berikutan tragedi itu, ketegangan meningkat dalam kalangan kumpulan penjenayah, kekurangan bahan api, kenaikan harga makanan selain kemelut politik dan sosial. Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry diserang kumpulan bersenjata di Gonaives pada Januari ketika keluar dari gereja selepas menghadiri upacara keagamaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...