Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    Suspek serangan ke atas PM Jepun didakwa

    TOKYO, 6 SEPT – Pendakwa raya di Jepun hari ini mendakwa seorang lelaki berusia 24 tahun atas cubaan membunuh dan tuduhan lain dalam serangan bahan letupan ke atas Perdana Menteri Fumio Kishida pada April lalu, lapor media Jepun.

    Kishida sedang berkempen untuk pilihan raya di Wakayama di bahagian barat Jepun apabila seorang lelaki melontar bom paip buatan sendiri ke arah perdana menteri itu.

    Kishida tidak mengalami kecederaan namun dua lainnya mengalami cedera ringan.

    Selepas penilaian psikiatri selama tiga bulan terhadap suspek, pendakwa raya memutuskan bahawa Ryuji Kimura, 24, sihat mental untuk perbicaraan dan bom yang digunakan dalam serangan itu boleh membawa maut, lapor agensi berita Kyodo Jepun.

    Kyodo melaporkan bahawa rekod mahkamah menunjukkan Kimura mungkin berang kerana dia tidak dapat memfailkan pencalonan dalam pilihan raya 2022.

    Serangan itu dilakukan kira-kira setahun selepas bekas Perdana Menteri Shinzo Abe ditembak dan terbunuh semasa berkempen untuk pilihan raya.

    Keganasan senjata api dan bom di Jepun sangat jarang berlaku, dan serangan terhadap Abe dan Kishida mengejutkan ramai di negara ini.- AP

    Ryuji Kimura semasa ditahan selepas melontar bom paip buatan sendiri ke arah Perdana Menteri Fumio Kishida di Wakayama, bahagian barat Jepun, 15 April 2023.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...