Suspek tak sedar diri selepas disoal

BANGKOK, 22 JULAI – Tentera Thailand sedang menyiasat bagaimana seorang pemberontak yang ditahan di kawasan selatan negara itu tidak sedar diri beberapa jam selepas dibawa ke sebuah kem tentera.

Kawasan selatan negara itu telah dibelenggu pemberontakan berdarah yang membunuh hampir 7,000 orang dalam tempoh 15 tahun lalu, dan dakwaan penganiayaan di negeri itu berlaku dengan berleluasa.

Konflik tidak mendapat perhatian walaupun kebanyakan mangsa korban adalah orang awam, penduduk beragama Islam dan Buddha.

Pada petang Sabtu, pihak berkuasa menahan pemberontak Abdulah Esormusor, 34, dan membawanya ke pusat tahanan Inkayuth di wilayah Pattani.

Dia ditemui tidak sedar diri kurang 12 jam kemudian selepas disoal dan dibawa ke hospital dengan otak bengkak teruk, kata jurucakap tentera selatan Pramote Prom-In dalam satu kenyataan.

Tentera sedang menyiasat kejadian itu dan ‘sekiranya didapati ia adalah kesilapan pihak berkuasa, mereka yang bertanggungjawab akan menghadapi hukuman berat,” katanya, sebelum menambah ‘tidak adanya bukti’ yang menunjukkan penyoal yang mengakibatkan kecederaan itu. – AFP