Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Suspek tembak jatuh MH17 ketahui nasib pada November

    THE HAGUE, 15 OGOS – Panel hakim-hakim Belanda akan membuat keputusan mereka pada 17 November ke atas empat suspek yang menyebabkan kapal terbang Malaysia Airlines MH17 terhempas pada tahun 2014.

    Tiga rakyat Rusia dan seorang rakyat Ukraine yang kekal bebas, dituduh membekalkan peluru berpandu yang memintas kapal terbang menuju Kuala Lumpur dari Amsterdam, membunuh semua anak kapal dan penumpang.

    Perbicaaran bermula pada tahun 2022 di sebuah mahkamah yang dikawal ketat berhampiran Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam, di mana kapal terbang tersebut berlepas. Pendakwa raya menuntut agar suspek dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

    Pendakwa raya juga berkata kapal terbang milik Malaysia itu ditembak jatuh pada 17 Julai 2012 oleh peluru berpandu BUK buatan Rusia yang ditembak dari wilayah timur Ukraine yang dikuasai oleh pemisah pro-Moscow.

    Suspek terdiri daripada Igor Girkin, Sergei Dubinsky dan Oleg Pulatov dari Rusia manakala seorang rakyat Ukraine, Leonid Kharchenko.

    Pulatov satu-satunya tertuduh yang diwakili peguam dan kesemua suspek enggan hadir ke mahkamah, menegaskan bahawa mereka tidak bersalah. – AFP

    Barisan panel hakim menghadiri prosiding jenayah berhubung pesawat MH17 yang ditembak jatuh. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...