Friday, December 6, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suspek Thailand ditahan berhubung kematian pelarian Rohingya

    BANGKOK, 3 NOV – Polis Thailand telah menahan tiga suspek penyeludup manusia yang didakwa bertanggungjawab atas kematian tiga pelarian Rohingya yang mati lemas di belakang trak di Thailand, kata pegawai kelmarin.

    Tiga pelarian Rohingya maut dan enam lagi cedera selepas penyeludup didakwa memuatkan 26 orang yang telah merentasi sempadan Thailand-Myanmar ke dalam dua buah kenderaan.

    Rohingya yang kebanyakannya beragama Islam menghadapi penindasan yang teruk di barat Myanmar yang dilanda peperangan, dan ribuan orang mempertaruhkan nyawa setiap tahun untuk cuba sampai ke Malaysia atau Indonesia melalui Thailand.

    Seorang wakil dari Biro Siasatan Pusat (CIB) Thailand memberitahu AFP kelmarin bahawa mereka telah menangkap suspek utama, Somkiat atau dikenali sebagai ‘Bang Golf’, 30, di wilayah tenggara Chanthaburi pada Rabu.

    Dua suspek rakan subahat, Nattawut, 20, dan Pongpitsanu, 20, ditahan di Bangkok pada hari yang sama.

    Mereka semua ditahan kerana “menyeludup pendatang tanpa izin ke dalam negara”, kata polis dalam satu kenyataan.

    Polis menambah bahawa Somkiat bekerja dengan rangkaian penyeludupan lain di negara itu dan telah ditawarkan sekitar 3,000 baht bagi setiap pelarian yang berjaya diseludup. – AFP

    Anggota Agensi Penyelamat Nasional membantu seorang wanita turun dari sebuah bot yang membawa pelarian Rohingya untuk dipindahkan ke darat, di perairan Labuan Haji, wilayah Aceh, Indonesia, pada 24 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda