Suspek tikam polis ditangkap dalam pesawat

HONG KONG, 2 JULAI – Seorang lelaki yang disyaki menikam pegawai polis Hong Kong di bahunya semasa bantahan telah ditangkap dalam sebuah penerbangan yang hendak berlepas ke London, kata polis hari ini.

Imej gambar dan video media kelmarin telah merakamkan detik seorang lelaki bertopeng memakai kemeja T biru gelap menyerang pegawai semasa bantahan sehingga mencetuskan Beijing mengenakan semula undang-undang keselamatan baharu di hab kewangan itu.

“Pada 2 Julai, seorang lelaki bernama Wong berumur 24 tahun telah ditangkap di lapangan terbang kerana disyaki mencederakan,” kata polis dalam kenyataan.

Sumber polis berkata lelaki itu dibawa keluar dari pesawat Cathay Pacific CX251 menuju ke London, yang pada ketika itu hendak meninggalkan pintu berlepas.

“Dia membeli tiket pada saat-saat akhir. Dia satu-satunya penumpang dalam penerbangan itu telah membeli tiket lewat dan tidak mempunyai bagasi bimbit bersamanya,” kata sumber kepada AFP. – AFP