Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Suu Kyi berdepan perbicaraan baharu tipu pilihan raya

    YANGON, 31 JAN – Junta Myanmar telah mendakwa Aung San Suu Kyi atas kesalahan mempengaruhi pegawai pilihan raya semasa undian 2020, menurut sumber hari ini.

    Suu Kyi, 76, telah ditahan sejak rampasan kuasa 1 Februari tahun lalu yang mencetuskan bantahan besar-besaran dan tindakan keras berdarah ke atas penentang dengan lebih 1,500 orang awam terbunuh, menurut kumpulan pemantauan tempatan.

    Penerima anugerah Nobel itu berdepan pelbagai tuduhan – termasuk mencabul undang-undang rahsia rasmi negara – dan jika disabit bersalah atas semua kesalahan, ia boleh membawa hukuman lebih 100 tahun dalam penjara.

    Suu Kyi akan berdepan perbicaraan selanjutnya atas tuduhan mempengaruhi suruhanjaya pilihan raya negara semasa undian 2020 yang menyaksikan partinya menewaskan pesaing tentera, menurut sumber rapat kes tersebut.

    Kes itu akan diselesaikan dalam tempoh enam bulan, tambah sumber itu. – AFP

    Gambar fail bertarikh 17 Julai 2019 menunjukkan Aung San Suu Kyi di Yangon. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...