Suu Kyi berdepan pertuduhan baharu

YANGON, 11 APRIL – Pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi dikenakan pertuduhan jenayah baharu lagi hari ini, ketika junta terus bertindak keras ke atas penentangnya.

Pemenang Hadiah Nobel berusia 75 tahun itu tidak kelihatan di khalayak umum semenjak ditahan awal pagi pada 1 Februari lalu, ketika junta menyingkirkan kerajaannya dan merampas kuasa.

Para jeneral sudah menggunakan kaedah semakin kejam bagi mematahkan gerakan penunjuk perasaan membantah pemerintahan mereka, manakala Suu Kyi berdepan sejumlah pertuduhan jenayah yang mungkin menyaksikannya dilarang seumur hidup daripada menyandang jawatan awam.

“Amay Suu didakwa sekali lagi di bawah seksyen 25 undang-undang pengurusan bencana semula jadi,” kata peguamnya, Min Min Soe memberitahu AFP selepas satu perbicaraan mahkamah di Nyapyidaw, di mana Suu Kyi muncul melalui sidang video. – AFP

Gambar fail SuuKyi semasa memeriksa barisan kehormatan dalam satu acara rasmi di New Delhi. –AFP