Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Suu Kyi dibicarakan lagi, didakwa terima rasuah

    BANGKOK, 3 MEI – Pemimpin Myanmar yang disingkirkan, Aung San Suu Kyi dibicarakan kelmarin bagi kes rasuah baharu yang dikemukakan terhadapnya, mendakwanya menerima rasuah $550,000 daripada seorang usahawan pembinaan.

    Dia didakwa dengan dua kesalahan di bawah Akta Anti Rasuah, dengan setiap kesalahan membawa hukuman penjara 15 tahun dan denda.

    Suu Kyi telah ditahan sejak tentera menyingkirkan kerajaan yang dipilih pada Februari 2021 dan sejak itu tidak pernah dilihat malah tidak dibenarkan bercakap di khalayak ramai.

    Dia dibicarakan dalam sesi tertutup dan peguam-peguamnya tidak boleh bercakap di khalayak ramai bagi pihaknya atau mengenai perbicaraan disebabkan perintah mahkamah.

    Dia telah dijatuhi hukuman penjara selama 11 tahun selepas disabit bersalah mengimport dan memiliki walkie-talkie secara haram, melanggar sekatan-sekatan koronavirus, hasutan dan dakwaan rasuah lain.

    Para pembantah berjalan melalui sebuah pasar dengan memegang poster-poster Aung San Suu Kyi di perbandaran Kamayut di Yangon, Myanmar, pada 8 April 2021. – AP

    Para penyokong Suu Kyi dan kumpulan-kumpulan hak asasi manusia telah berkata bahawa kes-kes terhadapnya adalah percubaan untuk mencemarkan nama baiknya dan mengesahkan rampasan kuasa, menghapuskan potensi dia mengambil bahagian dalam kemungkinan pilihan raya 2023.

    Namun tentangan berleluasa terhadap rampasan tentera telah mengakibatkan apa yang sebilangan pakar PBB gambarkan sebagai perang saudara, mencabar keupayaan tentera untuk memerintah.

    Pembukaan perbicaraan terkini Suu Kyi kelmarin telah disahkan oleh seorang pegawai perundangan yang bercakap dengan syarat ketanpanamaan kerana dia tidak dibenarkan mengeluarkan maklumat.

    Dalam kes terbaharu itu, Suu Kyi dituduh menerima wang pada 2019 dan 2020 daripada Maung Weik, seorang taikun yang sebelum ini disabit bersalah bagi penyeludupan dadah.

    Televisyen kerajaan di bawah kawalan kerajaan tentera tahun lalu menyiarkan video di mana Maung Weik mendakwa telah memberi ganjaran tunai kepada menteri-menteri kerajaan untuk membantu perniagaan-perniagaannya. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...