Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Suu Kyi dihukum penjara 4 tahun lagi

    YANGON, 10 JAN – Pemimpin Myanmar yang digulingkan Aung San Suu Kyi hari ini dijatuhi hukuman penjara empat tahun lagi.

    Hukuman itu diumumkan oleh mahkamah junta tentera di ibu negara Naypyitaw atas tuduhan memiliki walkie-talkie ‘diimport secara haram’ dan melanggar sekatan kesihatan awam COVID-19, lapor agensi Anadolu memetik sebuah laman web berita tempatan, Myanmar Now.

    Ini hukuman kedua yang dikenakan mahkamah junta sejak kerajaan pimpinan Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) pimpinan Suu Kyi diguling dalam rampasan kuasa tentera tahun lalu.

    Pemenang Hadiah Nobel itu sebelum ini dijatuhi hukuman penjara dua tahun kerana melanggar Undang-undang Eksport-Import, satu tahun kerana melanggar Undang-undang Komunikasi dan satu tahun lagi kerana “melanggar sekatan kesihatan awam COVID-19 semasa tempoh kempen pilihan raya 2020.”

    Beliau akan menjalani hukuman penjara secara serentak, menurut laporan itu. Disember lalu, Suu Kyi dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana melanggar sekatan kesihatan berkaitan pandemik. Hukuman beliau kemudiannya dikurangkan kepada dua tahun. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...