Friday, August 12, 2022
26.5 C
Brunei

Suu Kyi dijatuhi hukuman penjara 4 tahun

-

ISTANBUL, 6 DIS – Sebuah mahkamah tentera di Myanmar pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap Aung San Suu Kyi, atas kesalahan “menghasut” dan melanggar sekatan COVID-19.

Bekas Presiden Win Myint turut dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh mahkamah di Naypyidaw, itu, lapor Agensi Anadolu memetik The Irrawaddy.

Suu Kyi, 76, dan Myint adalah antara ratusan yang ditahan sejak junta Myanmar merampas kuasa pada Februari lepas, yang mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran.

“Kenyataan menghasut,” yang disebut dalam pertuduhan itu, dimuat naik di halaman Facebook parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) selepas Suu Kyi dan pemimpin parti lain ditahan tentera.

Sementara itu, pertuduhan mengenai pelanggaran sekatan COVID-19 bermula sejak kempen pilihan raya Suu Kyi. 

Pemimpin yang digulingkan itu sepatutnya memulakan penggal keduanya selepas memenangi pilihan raya pada November 2020.

Dilaporkan tentera junta telah membunuh kira-kira 1,000 orang dan menahan 5,400 lagi semasa demonstrasi antirampasan kuasa. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

DXY disekat kritik rawatan herba COVID

BEIJING, 11 OGOS – Sebuah laman web perubatan China yang popular telah ditapis oleh pihak berkuasa kerana 'melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan', beberapa...
- Advertisment -