Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Suu Kyi dipenjara lima tahun atas tuduhan rasuah

    YANGON, 27 APRIL – Mahkamah junta Myanmar hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Aung San Suu Kyi kerana rasuah, sebahagian daripada dakwaan kes jenayah yang mungkin menyaksikan pemimpin yang digulingkan itu dipenjara selama berdekad-dekad.

    Sejak rampasan kuasa tentera yang menggulingkan kerajaannya pada Februari tahun lalu, menjerumuskan Myanmar dalam keadaan kucar-kacir, Suu Kyi telah ditahan tentera. Dalam kes terbaharu, pemenang hadiah Nobel itu dituduh menerima rasuah wang tunai AS$600,000 dan jongkong emas.

    Selepas ditunda selama dua hari, mahkamah khas di ibu kota Naypyidaw yang dibangunkan oleh tentera menjatuhkan keputusan dan hukuman pada 9:30 pagi (0300 GMT), hari ini.

    “Berkenaan menerima emas dan wang tunai dari U Phyo Min Thein, mahkamah memutuskan hukuman penjara selama lima tahun,” menurut jurucakap junta, Zaw Min Tun kepada AFP.

    “Dia akan berada dalam tahanan di rumah. Saya tidak mengetahui sama ada dia mengemukakan rayuan. Mereka sedang berusaha berdasarkan undang-undang. Setakat pengetahuan saya, dia berada dalam keadaan sihat.”

    Dia masih berdepan dengan tuduhan jenayah yang lain, termasuk melanggar akta rahsia rasmi, rasuah dan penipuan dalam pilihan raya, dan boleh di penjara lebih 100 tahun sekiranya semua kesalahan disabitkan.

    Pemimpin berusia 78 tahun itu sudah menjalani hukuman penjara enam tahun atas hasutan ke atas tentera, melanggar peraturan COVID dan melanggar undang-undang telekomunikasi – meskipun dia kekal berada dalam tahanan di rumah ketika membela diri atas tuduhan lainnya. – AFP

    Gambar fail bertarikh 21 September 2016 ketika Suu Kyi memberi ucapan di Perhimpunan Agung PBB di New York. Suu Kyi telah dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun atas dakwaan rasuah.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...