Suu Kyi kurang sihat, tidak hadir perbicaraan

YANGON, 13 SEPT – Pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi (gambar fail AP), tidak hadir perbicaraan semula yang ditangguhkan di mahkamah junta kerana beliau tidak sihat, kata peguamnya hari ini.

Suu Kyi digulingkan oleh junta dalam rampasan kuasa Februari lalu, yang mencetuskan pemberontakan besar-besaran. Junta melancarkan tindakan keras dan sejak telah membunuh lebih 1,000 orang awam, menurut sebuah kumpulan pemantau tempatan.

Terputus hubungan dengan dunia kecuali pertemuan singkat dengan pasukan perundangannya dan penampilan di mahkamah, Suu Kyi, 76, menghadapi sejumlah tuduhan.

Perbicaraannya diteruskan hari ini selepas terhenti dua bulan, namun, Suu Kyi pulang ke rumah selepas pertemuan pra perbicaraan dengan pasukan perundangannya kerana beliau ‘mabuk kereta’, kata peguamnya Min Min Soe, menambah beliau lama tidak menaiki kereta yang menyebabkannya sakit. – AFP