BANGKOK, 11 OKT – Pemimpin awam Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi dan bekas presiden Win Myint mengaku tidak bersalah hari ini kerana melanggar sekatan COVID-19, kata peguam mereka, ketika kedua-duanya didakwa selepas tentera merampas kuasa.
Masing-masing didakwa dengan dua pertuduhan di bawah Akta Pengurusan Bencana kerana gagal mematuhi sekatan pandemik semasa kempen pilihan raya umum tahun lalu. Setiap pertuduhan boleh membawa hukuman sehingga tiga tahun penjara.
Parti Liga Demokrasi Kebangsaan diketuai Suu Kyi menang pilihan raya November lalu dengan mudah, namun tidak dapat memerintah buat penggal kedua selama lima tahun apabila tentera merampas kuasa pada 1 Februari. Suu Kyi dan ahli utama partinya masih lagi ditahan. – AP