Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    SUV Ford Kuga serba baharu lebih hebat

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OGOS – Kereta SUV Ford Kuga serba baharu yang penuh gaya dan tersendiri secara rasmi memasuki pasaran Brunei dengan pelancarannya di Bilik Pameran Premier Automobiles Sdn Bhd (PASB), selaku pengimport dan pengedar tunggal
    sah Ford di Brunei, hari ini.

    Menurut kenyataan PASB, SUV paling dinamik Ford yang pernah ada itu menampilkan reka bentuk luaran baharu yang anggun dengan perkadaran premium untuk keluasan dan keselesaan yang lebih baik.

    Kuga Titanium itu kini boleh didapati dengan enjin petrol EcoBoost 1.5 liter dan transmisi automatik lapan kelajuan pintar.

    Enjinnya disokong dengan sistem penyahaktifan silinder pertama industri Ford untuk enjin tiga silinder. Teknologi itu secara automatik boleh menghentikan salah satu silinder enjin apabila kapasiti penuh tidak diperlukan.

    Model terkini itu juga menawarkan keselesaan yang lebih intuitif dan ciri bantuan pemandu, termasuk pad pengecas tanpa wayar dan sistem infotainment Ford SYNC 3 yang disokong oleh skrin sentuh tengah 8 inci.

    Ruang kaki belakang dan ruang bagasi yang terbaik dalam kelasnya boleh direalisasikan menggunakan tempat duduk baris kedua gelongsor, mampu bergerak ke hadapan atau ke belakang dengan mudah sehingga 150mm.

    Dari segi keselamatan, SUV itu telah dianugerahkan penarafan keselamatan 5 bintang tertinggi oleh pihak berkuasa ujian kemalangan bebas Euro NCAP, dengan markah 92 peratus untuk perlindungan dewasa.

    Semasa acara perasmian, tetamu telah dijemput untuk melihat SUV itu secara langsung dan menguji pandu bagi merasakan sendiri kehebatannya.

    Ford Kuga kini menampilkan reka bentuk luaran baharu yang tampak premium. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...