SUV jadi sasaran ‘cukai timbangan’ baharu

PARIS, 15 OKT – Perancis akan mengenakan cukai timbangan baharu ke atas kenderaan berat dan kenderaan utiliti sport (SUV) sebagai sebahagian daripada rancangan untuk mendo-rong pengilang kereta mengurangkan pengeluaran CO2, kata Menteri Alam Sekitar, Barbara Pompili hari ini.

“Cukai timbangan yang akan kami wujudkan itu mencetuskan mesej perlu dan kukuh untuk mempertimbangkan impak alam sekitar ke atas kenderaan-kenderaan paling berat,” kata Pompili dalam Twitter.

“Lebih berat kereta tersebut, maka banyak bahan dan tenaga yang digunakannya, dengan lebih banyak pencemaran,” katanya, menambah bahawa kereta-kereta besar juga mengambil perkongsian yang tidak seimbang ke atas ruang awam.

Pejabatnya berkata cukai tersebut, sebahagian daripada bajet 2021, akan dikenakan kepada kenderaan yang melebihi berat 1,800kg, pada kadar 10 euro setiap tambahan kilogram. Ia tidak akan dikenakan terhadap kereta elektrik. – AFP