Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suzuki Ignis baru lebih sporty

    Oleh Syahmi Hassan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN – Selepas belasan tahun tampil sebagai model hatchback, kini Suzuki mengeluarkan model terbaru Ignis dalam rupa SUV kompak yang lebih sporty dan menarik.

    Sejurus selepas pelancarannya pada hujung bulan April lepas, penulis telah diberikan peluang untuk uji pandu Suzuki Ignis baru ini untuk melihat lebih dekat dan merasai sendiri pengalaman memandu SUV kompak.

    Pada pandangan pertama Suzuki Ignis menarik perhatian dengan reka bentuknya yang minimalis, rim berwarna hitam 16 inci dan lampu depan LED yang besar. Bentuknya juga menyenangkan mata memandang dan sesuai untuk pemanduan gah di kawasan bandar.

    Ignis mampu mengharungi laluan yang tidak berapa bagus dengan baik sesuai dengan penampilannya sebagai sebuah SUV kompak.

    SUV ini didatangkan dengan enjin 1.2 liter 4 silinder dalam barisan, kuasa output maksimum 62PS pada 6,000rpm dan amat sesuai bagi kegunaan seharian terutama di lebuh raya, mahupun kawasan bandar kerana ia lincah dan mantap.

    Suzuki Ignis tampil lebih sporty dan menarik.
    Suzuki Ignis tampil lebih sporty dan menarik.

    Ignis dilengkapi skrin sentuh dengan sistem Android.
    Ignis dilengkapi skrin sentuh dengan sistem Android.
    Ignis digerakkan oleh enjin 1.2 liter 4 silinder dalam barisan.
    Ignis digerakkan oleh enjin 1.2 liter 4 silinder dalam barisan.

    Suzuki Ignis bukanlah dibina untuk kelajuan tinggi namun masih mampu memotong kereta lain dengan mudah kerana enjinnya mempunyai maksimum tork 115Nm pada 4,200 rpm.

    Dengan badan yang ringan dan saiz yang ideal (tidak terlalu kecil dan tidak besar) menjadikan Ignis amat mudah dikendalikan dalam apa jua keadaan pemanduan.

    Breknya cukup mantap walaupun terasa sedikit keras ketika memandu dalam kelajuan tinggi tetapi amat berguna dari segi keselamatan.

    Suzuki Ignis baru ini dilengkapi skrin sentuh dengan sistem Android, tempat duduk yang selesa dan mampu memuatkan lima orang dewasa.

    Secara keseluruhannya, Ignis adalah sebuah SUV yang selesa, menarik dan sesuai dengan tujuannya dibina untuk memberikan pengalaman keseronokan memandu mengatasi pesaing lain dalam kelasnya.

    Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai SUV kompak ini, bolehlah mengunjungi Bilik Pameran Suzuki di Bousted Sdn Bhd, Perindustrian Beribi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda