Tuesday, April 16, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Suzuki labur AS$1.3 bilion kenderaan elektrik India

    NEW DELHI, 20 MAC – Suzuki Motor akan melabur AS$1.3 bilion ke dalam pengeluaran kenderaan elektrik dan bateri di India, kata pembuat kereta Jepun itu hari ini, kerana ia mempercepatkan rancangan jangka panjang untuk mencapai neutraliti karbon.

    Dalam perjanjian yang ditandatangani dengan negeri Gujarat di India dengan kehadiran Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, Suzuki berkata ia merancang untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi pembuatan kenderaan elektrik di negeri itu.

    Ia menyasarkan untuk memulakan operasi pada 2025.

    Syarikat itu juga akan membina kilang mengeluarkan bateri EV di atas tanah berhampiran kilang Gujaratnya, manakala usaha sama – Maruti Suzuki Toyotsu India – akan membina kemudahan kitar semula kenderaan di tapak yang sama, kata kenyataan itu.

    “Misi masa depan Suzuki adalah untuk mencapai neutraliti karbon dengan kereta kecil,” kata presiden syarikat, Toshihiro Suzuki.

    Pengumuman itu dibuat ketika pembuat kereta utama bergerak untuk meningkatkan pengeluaran kereta hijau dalam usaha untuk mengurangkan pelepasan.

    Pada awal bulan ini, kereta gergasi Amerika Syarikat (AS), Ford berkata ia akan memisahkan perniagaan konvensional dan auto elektriknya apabila ia meningkatkan pengeluaran kenderaan bebas pelepasan.

    Sony juga mengumumkan ia bekerjasama dengan Honda untuk mewujudkan usaha sama yang akan membangunkan dan menjual kenderaan elektrik, selepas melancarkan Vision-S, prototaip baharu pada Januari. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...