Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suzy bakal muncul dalam Off The Record

    SELEPAS dilaporkan akan keluar dengan sebuah album solo berjudul Yes?, No?, pelakon Suzy memberitahu dia bakal muncul dengan program realiti yang bertujuan mendekatkan diri dengan peminatnya.

    Program berjudul Off The Record, Suzy itu akan menunjukkan kehidupan seharian wanita itu secara peribadi yang tidak diketahui umum.

    “Suzy bersetuju untuk terlibat dalam program  ini kerana berminat dengan siri sebelum ini yang menampilkan Lee Hyo Ri. Dia akan mendedahkan kehidupan sehariannya kepada peminat.

    Off The Record, Suzy diterbitkan oleh produksi sama dengan Off The Record: Lee Hyori yang disiarkan sembilan tahun lalu menerusi Channel Mnet.

    Program tersebut masih dalam penggambaran dan bakal ditayangkan secara dalam talian di V App mulai 15 Januari ini.

    Suzy juga bakal muncul dengan sebuah album solo berjudul Yes?, No?
    Suzy juga bakal muncul dengan sebuah album solo berjudul Yes?, No?
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda