Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    SV anjur sambutan Hari Raya

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MEI – Dalam kemeriahan bulan Syawal ini, Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH (SV) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diselajurkan dengan penyampaian derma pelajar Program Ri’ayah Wa Mahabbah, Kementerian Pendidikan, Malam Penghargaan Warga SEAMEO VOCTECH dan penyampaian sijil peserta negara dalam Program Latihan Serantau Maya bagi Tahun Fiskal 2021- 2022 bagi 11 buah negara anggota ASEAN.

    Majlis yang berlangsung di Restoran Tarindak D’Polo, Jerudong itu dihadiri oleh Pemangku Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) di Kementerian Pendidikan, Dr Chin Wei Keh.

    Majlis didahului dengan penyampaian sijil kepada peserta program latihan serantau kemudian penyerahan sumbangan kepada 61 orang pelajar daripada Program Ri’ayah Wa Mahabbah.

    Pengarah Pusat SEAMEO VOCTECH, Awang Alias bin Haji Abu Bakar dalam ucapannya pada majlis itu mengucap ribuan terima kasih dan penghargaan atas sokongan berterusan yang telah diberikan kepada SEAMEO VOCTECH daripada kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan, rakan strategiknya daripada agensi kerajaan dan badan kawal selia, rakan media, pelanggan daripada sektor awam dan swasta dan peserta dalam usahanya untuk menjadikan pusat TVET itu sebagai penyediaan program latihan terkemuka di Asia Tenggara.

    Majlis yang diadakan antara lain juga menghargai jasa bekas Setiausaha Sulit Pengarah Pusat, Hajah Ibarizah @ Edah Haji Ibrahim yang telah menyumbangkan jasa dan sokongan padu selama 30 tahun di pusat berkenaan.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan serta Pengerusi Lembaga Pengelola SEAMEO VOCTECH, Dr Haji Mohd Zamri bin Haji Sabli.

    Dr Chin Wei Keh semasa menghadiri Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran SV, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...