S’wak capai imuniti kelompok pertengahan Ogos atau Sept
LONG SINGUT, SARAWAK, 5 OGOS – Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yakin Sarawak mampu mencapai imuniti kelompok pada pertengahan Ogos atau September ini. Katanya keyakinan itu berdasarkan pencapaian pemberian vaksin kepada penduduk Sarawak sama ada di kawasan bandar dan juga yang jauh di pedalaman, hasil daripada bantuan dan kerjasama semua pihak termasuk
































