S’wak catat eksport produk perkayuan RM3.5 bilion

KUCHING, 16 OKT – Sarawak mencatatkan nilai eksport produk perkayuan sebanyak RM3.48 bilion sehingga akhir September 2019, menurun 12 peratus berbanding tempoh sama pada 2018, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan berkata untuk tempoh sama pada 2018, Sarawak mencatatkan nilai eksport mencecah RM3.96 bilion.

“Penurunan eksport produk perkayuan Sarawak tahun ini dise-babkan masalah ekonomi global yang belum begitu baik dan masih tidak menentu ditambah penurunan pengeluaran kayu dari hutan semula jadi,” katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Integriti Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) 2019, di sini, hari ini. – Bernama