Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    S’wak kaji penggabungan empat pihak berkuasa air

    KUCHING, 18 OKT – Kerajaan Sarawak sedang mengkaji untuk menggabungkan empat pihak berkuasa bekalan air utama di negeri itu di bawah satu entiti akan dikenali sebagai Lembaga Air Negeri.

    Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kajianitu melibatkan penggabungan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Lembaga Air Kuching (KWB), Lembaga Air Sibu (SWB) dan Laku Management Sdn Bhd (LAKU). “Dalam tempoh dua tahun ini, kami akan mengkaji mengenai penggabungan badan-badan ini dan strukturnya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pameran dan Persidangan Air dan Air Antarabangsa Borneo (BIWWWEC) di sini hari ini.

    Abang Johari berkata Sarawak mempunyai banyak sumber air termasuklah dari tasik, selain dari empangan Bakun dan Murum, justeru adalah penting untuk mewujudkan satu badan yang mengawal selia.

    “Kita perlukan tangki (bekalan air), tangki adalah grid utama kemudian (diikuti dengan) pengagihan dan dari situ kita akan mempunyai data bagaimana hendak merancang pengagihan air. – Bernama

    Tan Sri Abang Johari Tun Openg (dua kanan) melihat proses penapisan air ketika melawat pameran sempena Pameran dan Persidangan Air dan Air Buangan Antarabangsa Borneo Kelima (BIWWEC 2022) kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...