Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    S’wak kekal sasaran 1.2 juta pelancong

    KUCHING, 1 APRIL – Sarawak  mengekalkan sasaran yang dibuat sebelum ini untuk menarik seramai 1.2 juta pelancong dan pengunjung tahun ini walaupun sempadan antarabangsa negara sudah dibuka semula mulai hari ini.

    Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sasaran terbabit berdasarkan ketibaan pelancong dan pengunjung ke Sarawak dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

    “Ketibaan pengunjung ke Sarawak telah melonjak sehingga 500 peratus dalam tiga bulan terbabit dan pembukaan sempadan negara hari ini dijangka akan menambahkan lagi jumlah ketibaan sama ada dari Semenanjung mahupun luar negara,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Ulang Tahun Hari RTM ke-76 di RTM Sarawak di sini, hari ini.

    Beliau berkata pengunjung ke Sarawak berjumlah antara 4.3 juta dan 4.5 juta orang setahun untuk beberapa tahun, namun sejak bermulanya pandemik COVID-19, jumlahnya menjunam kepada kurang daripada satu juta orang.

    Abdul Karim berkata kementeriannya sudah mengatur beberapa acara pelancongan menarik bagi meningkatkan kembali ketibaan pengunjung ke Sarawak tahun ini dan antaranya termasuk Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) dan perlumbaan lasak Spartan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...